>

Angka Kegendotan

Dalam Masa


Life kat hostel memang takdapat nak update blog selalu disebabkan sibuk dan aku takde broadband. Tapi bila idea datang untuk menulis. Aku akan usaha kan carik intenet tak kire la sama ada duduk depan umah orang kaya yang ade wifi tapi takde pasword, akan tetap aku datang untuk online walau disalak anjing rumah jiran tersebut akan ku tabahkan jiwa raga ini. Tapi perkara seperti ini takpernah berlaku lagi la. HEHE

Disebabkan latop ni banyak movie yang taksempat aku tengok kerana kekangan masa. Eceh sejak bile tah aku pandai gune kekangan. HAHA. Aku ni rajin download movie tapi tengok malas, konon bz la. HAHA.

Kali ni aku nak cerita pasal Filem DALAM MASA. Korang tau apa itu dalam masa? kalau taktau cube translate dalam bahasa inggeris, jadi dapatlah perkataan In Time. Mengisahkan tentang manusia yang hidup menggunakan masa yang berada di tangan mereka. Masa yang ada kat tangan dia itulah duit dan nyawa diorang. Sebagai contoh korang ade 4 jam je. So korang akan hidup selama 4 jam dan lepas itu korang pon BABAI.

Sekiranya korang nak tambah masa, kena lah pegang tangan orang lain kira macam sedut la. tapi bukan siput sedut mahu pon siput khinzir. Eh! apo lak den merepek ni. Dunia mereka terpisah antara yang kaya dan yang miskin. Yang miskin memang cukup-cukup je masa dia untuk hidup. Nak tau ape lagi akan berlaku? Apa lagi silalah tengok. HEHE

Betapa masa itu penting dalam hidup kita ini. Kalau dunia betol ni macam tu, mesti sume orang akan jaga masa masing-masing. 4.5* aku bagi utk cerita ni.

Camni lah tangan diorang yang ada masa tu

Aiseyman tangan aku pon ade la plak. Adoi terduduk aku memikirkan camne aku leh dapat bende ni. Adekah terkeluar daripada filem ini. HEHE

Pengakhiran sebuah hibernasi

Hibernasi seekor beruang.

Bagi sesiapa yang taktau ape itu hibernasi, hibernasi adalah waktu tidur haiwan pada musim sejuk, mereka akan makan daging untuk menambah berat badan mereka sebelum berhibernasi. Kiranya tidur sampai musim panas la. Jadi aku pon macam tu la sebenarnya.

Ok. Huargh! Selamat pagi.. Dah bulan berapa ni? Dah lame rasanya aku berhibernasi. Akhirnya masa untuk bangun pon tiba, bangun pon sebab kena pindah asrama ke tempat lain yang lebih jauh daripada tempat belajar. Malas nye lah aku nak kemas barang kat hostel tu.

Gambar aku yang sedang berhibenasi ni comel ala-ala Bear kat atas kan? HAHA!

Time kena kemas-kemas barang, aku dah lah datang lambat, dengan berkat kesabaran yang begitu rendah aku pon datang mengemas barang aku, simpan barang-barang dalam kotak. Barang apa je aku nak simpan dah la rumah pon dekat je, so aku pon simpan bantal je la. HAHA. Machomil mengemas weh? Macam tak percaya la plak aku yang selalu mengelat ni terpaksa mengemas. HAHA

Gambar kawan aku ni yang kepenatan angkat barang dan kotak aku, KOTAK HATI ni. HAHA

Hoyeah! New House New Room! Control MACHO weh! HAHA

Lepas ni akan busy semula dengan kelas and assignmnent, harap-harap aku tak jadi macam ni la kan. Klik sini.

P/S: Adekah korang pernah berhibernasi juga? XD

Penat sangat ni

Macam mana kehidupan seharian? Penat kah? Macam aku belom penat lagi la sebab masih cuti kan, HEHE. So seharian bekerja atau membuat assignment mesti korang akan letih kan? Sekali sekala kena lah rehat kan minda, jumpe mata air ke kan? Macam video bawah ni.




P/S : Amacam kalau dapat pakwe macamni? Style kan? HAHA

Kronika


Kronika ape itu kronika ye? Sebenarnya aku nak cerita pasal movie Chronicle ni. Finally aku tengok gak cerita ni. Sebenarnya taktaw pon cerita ni pasal ape masa tengok tu, disebabkan aku boring aku tengok la cerita ni dengan kawan aku.

Mengisahkan seorang budak (Andrew) yang mempunyai ayah yang panas baran, selalu mabuk dan mak yang terlantar sakit dekat rumah. Andrew ni rasa diri dia sunyi sangat sebab dia tak banyak kawan tapi dia ade seorang sepupu yang baik yang always sapot dia. Sepupu dia ni plak ade sorang kawan yang turut same sapot andrew ni.

Andrew ni ade satu video kamera, setiap kali dia kemana-mana mesti bawak kamera dia sebab nak rakam segalenye la kot. Mane taw dapat rakam hantu ke rakam ultraman lawan raksasa ke kan? So cite ni menggunakan kamera dia pakai tu la gambanye mcm korang rakam. HEHE

Macam ni ke kan? Tapi si Andrew ni takdapat pon gambar ultraman ni. XD

Satu malam ni diorang terjumpa satu lubang, so diorang pon masuk la dalam tu pegang ape bende tah dan kemudian dapat la power. So diorang enjoy la gune power diorang but satu hari si andrew ni bertukar antogonist. Sebab ape? Tu korang kena lah tengok kan. So overall cite ni just 3* je la. Cite ni just okay2 je la. Takdelah best sangat and takdelah bosan sangat.


Chronicle Andrew And Chronicle Machomil.. HEHE

Hati-hati makan dekat kedai

Korang pernah makan kat luar tak? Mesti lah pernah kan? Tapi makanan kat kedai mesti lah bersih kan. Ni kadang-kadang ade lalat la ape lipas la. Adoi patah selera beb. Hari tu ade sekali aku nak beli roti kat satu supermarket ni sebab ade banyak mayonis so sangat lah menyelerakan. Sekali baru nak amek nampak anak lipas. Adoi kembang tekak! Eh? Kembang tekak tu macam mana ek? HEHE. Dan kali ini aku nak share 1 gambar yg aku dapat daripada emel.



Aiseyman ni lagi ganas siap ade tikus lagi datang. Adoi Camne la tuan kedai tak nampak tikus ni merayap kt tempat lauk kan?

P/S: Maka anda semua haruslah berhati-hati dengan keadaan kebersihan kedai.

Perang Celop.. Peng3!

Hai bertemu kita semula di sesi "Oh! Machomil Tgk tv je kejenye" Sepanjang aku cuti ni, aku menghabiskan masa tengok tv je lebih. Haih! ape la nak jadi kan. Tapi takpe, start kelas semula aku susah sikit nak berbloging2 ni. HEHE.

Nak dijadikan cerita ade satu hari tu aku ade tgk telemovie PERANG CELOP. Mula-mula aku bace info macam malas nak tengok. Al-Maklum la tajuknye perang celop, celop ape? Nini coklat Celop aku tau la, yg adek aku selalu beli dan aku yang menghabiskan. Korang tau x Coklat celop tu. Ala yg ade lagu camni. "NINI COKLAT CELOP, NINI COKLAT CELOP, RASA KACANG STRAWBERRI, SUNGGUH ENAK SEKALI, NINI... NINI!!" Ha taw tak lagu ni? lagu ni takde kat Anugerah Juara Lagu atau pun Anugerah lain-lain. Tapi ade kat iklan mase dulu. (KANTOI! aku hafal lagu iklan kan? HEHE)

Aku tak pernah beli Coklat celop ni. Selalu adek aku je beli dan aku yang aku makan lebih. HEHE

Ok cite celop-celop ni mengisahkan Zafrul yang mengambil alih kerja kawan dia Berniaga celup-celup. Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu celup-celup. Ala yang cucuk-cucuk tu. Fishball cucuk, bukan tapi ball cucuk takde la mahupun dragon ball yang ade 7 biji kesemuanye. Eh? Mengarut ape plak aku ni. Disebabkan Zafrul ni pon dah takde kerje n kawan die kena balik kampung untuk uruskan pertanian jadi dia pon tolonglah kawan dia ni.

Zafrul ni takde pengalaman buat kerja-kerja ni. Jadi dia pon buatlah macam-macam cara nak panggil customer sebab ade saingan kedai celop-celop yang lain kat sebelah dia tu. Siap nyanyi la, buat promotion tiket bola percuma la. Haih! kalo ade kedai celop-celop macam tu kat sini. Aku la customer tetap sebab dapat macam2 hadiah la katekan. HEHE

Tibe-tibe rase lapar la plak. HEHE

Ok. Selepas aku tengok cerite ni aku pon berfikir la kan. Kalo buat bisnes ni ok gak. Pegi mane2 yang jual celop-celop kt tmpt borong then jual. Baru aku terfikir camne lak dgn bnde yg nak masak ni. Mane nak carik, then bile tanye mak. Ha! nak berniage celop2 lak ke? Reti ke? Ade lesen ke. Taw ke wat sos yang sedap...Haih macam2 soklan la plak. (-_____-) Kalo ikutkan pemikiran aku. celop je la kt dalam cerek dan sos plak belajar la dengan MASTERCHEF. Tak gituh? HEHE

Rendam celop-celop dalam ni je la.. Boleh?

P/S: KALAU AKU LAH YANG MENIAGA ALAMATNYE KEDAI AKU LA PALING PELIK. HEHE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers