>

Angka Kegendotan

5 Komik Zaman 90an

Sewaktu aku kecik, aku suke sangat membaca. Kira macam ulat buku la aku ni kan? HAHA. Tapi aku tak suke baca buku sekolah ataupun buku Ilmiah tapi komik aku suke la. Sebab tu imaginasi aku kuat sampai sekarang. HAHA. Komik-komik yang aku baca zaman dulu kebanyakkannya dah tak ada dekat era kini. Kalau tak percaya, pergi lah kedai mamak. Ade komik yang ada sebab dia cetak semula. Jadi jom kita tengok komik-komik yang ade dalam simpanan aku sampai sekarang. 



# 5


ANA MUSLIM DAN KELUANGMAN @ TIONGMAN.
 Zaman ni memang aku gilakan keluangman. Keluangman ni macam batman la cuma versi Malaysia. Dalam cerita ni ade Inspector Singh, selalu inspector tu cakap INCIK AHMAD.

Ana Muslim ni pon aku tade la banyak sangat koleksi dia. Tapi dalam tu bagus gak la isi kandungan dia, yang aku ingat dalam ni ade citer superhero. Hari tu aku ade jumpe buku ni. Tapi bila aku selak2, yang dulu punye lebih menarik. xD



#4


DRAGON BALL
 Zaman aku sekolah rendah memang ramai orang beli komik Dragon Ball ni dan zaman ni lah ramai orang dok gila-gilakan melukis Goku la bezita la. Bila pegi tandas je balik kelas je basahkan rambut dan pacak2 konon-konon jadi Super Saiya la. Tapi sekarang taktau la ade lagi tak komik ni kan.


#3


ALONG
A. L. O. N. G.  ALONG. Ha majalah ni tak ramai orang baca tapi aku baca, sebab aku rasa seakan-akan cerita doraemon la cuma versi malaysia. Tapi sayang majalah ni tiba-tiba berhenti pengeluaran secara tiba-tiba.


#2


Doraemon. 
 Doraemon la komik yang aku kumpul full lengkap 45 episod. Tapi banyak hilang sebab aku bagi orang pinjam dulu. SADIS. HAHA. Aku bigfan doraemon sebenarnya. Sampai kadang-kadang tu aku bukak laci dalam bilek aku kot2 ade mesin masa ke takpon doremon ade datang ke. HAHA





#1


Anak-Anak Sidek
Anak-anak sidek adelah juara carta kita. Ye komik ni memang best gila. Daripada diorang kecik sampai la besar, tapi time dia kecik lagi best la cerita dia. Bun adelah watak yang selalu ade ceritanya sendiri. Jumpe Bidadari lah, jadi hantu, bercinta, Memang best la weh. Kan best kalau sekarang ade lagi buku2 ni kat kedai tapi mesti harga dia mahal kan. Dulu 1.50 je yg tebal tu. Pas tu nek harga skit rm2.20


P/S: Sekadar pendapat aku lah. Ke ade lagi komik-komik yang lagi best di zaman tu ek? xD

Pasar Seni Kuala Lumpur.

Assamualaikum. Apa itu Pasar Seni? Adekah tempat manusia membeli ikan pari, ayam tua ataupun petola? Salah sama sekali! Pasar Seni tidak menjual barang basah sepeti itu. Pasar Seni ada banyak barang-barang kraftangan dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di bandar metropolitan kuala lumpur ni. Ia dibuka sejak tahun 1888. Fuh! tau plak aku bila ia dibuka kan? Rajin plak aku nak wat research bila benda ni bukak.


Aku nampak kat sini la sejak bila lahirnya Pasar seni ni. Nak tau lebih lanjut? Tanya lah pakcik google. xD

Motif?

Ni lah Warna Warni Malaysia. 

Dan kepada sapa-sapa yang terputus elektrik kat rumah tu boleh la pakai kipas ni. KOMPEM SEJUK. 

Eh? Hero mana lak ni? HAHA
P/S: MARILAH MELAWAT KUALA LUMPUR. Eceh aku promote kl. Leh la aku jadi Duta KL pasni. haha

Makanan TERRsedap abad ini




Jadi apakah makanan terindah  dan sedap zaman kini? Jom kita fikir sama-sama. Dunia sekarang makin pelik lah. Dalam minggu ni je kita boleh baca tentang Makan Lipas dan Makan Ubat Nyamuk. Apekah dah takde makanan lain yang sedap dalam dunia ni? Baiklah makan chicken chop ke Nasi ayam goreng kampung ke? Kan lagi sedap.

Ni la rupa orang makan lipas.
Ok Mamat ni nama dia Edward Archbold. Dia ni masuk pertandingan makan lipas, lepas dia makan 20 ekor lipas dia tiba-tiba pengsan. Lalu dikejarkan ke hospital tapi sayang dia bertemu ajalnya di hospital. Sebenarnya dia ni masuk pertandingan makan lipas dan hadiah utama dia seekor Ular Sawa. Aik? Berbaloi ke makan lipas banyak-banyak untuk dapatkan seekor Ular Sawa? Persoalannya lagi apekah lalu korang makan lipas? Bukankah lipas datang dari tempat yang kotor? 

Lipas ni berjoget dalam mulut pemakannya kan? hehe





Budak makan ubat nyamuk.
Ni lagi seorang manusia aneh, Makan ubat nyamuk plak?

"Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya mengapa dia gemar memakan ubat nyamuk."



Zaman aku kecik dulu aku makan kopok toki-toki, choki-choki, tapi takde plak aku nak amek ubat nyamuk rasa. Sedap agaknya, menyesal aku tak amek bawah katil masa kecik dulu. Mana tau rasa macam Cheezy Wedges ke kan? Nyam-nyam sedapnya.


P/S: Jadi korang nak pilih yang mana? Sekotak ubat nyamuk lingkar atau 20 ekor lipas rumah? Mesti pasangan diorang ni senang nanti, takyah beli beras lauk sume, beli ubat nyamuk dan amek lipas kat dalam rumah je. xD

Review Movie Bait

Hari ni aku nak Review Movie Bait. Korang pernah tengok tak cerita Umpan ni atau dalam bahasa inggerisnye Bait. Bukan Bait-bait kehidupan k! Cerita bermula apabila teman baik hero ni pergi mandi laut, tiba-tiba ade bunyi siren menandakan yang ade malapetaka.


Terus Lagu Teman Pengganti diputarkan kat radio hero ni.

Hero ni pon berkurung je kat uma sebab teringatkan kawan dia yang kena makan tu. So, selepas setahun murung, berkurung, tubuh makin susut. Dia pon keja kat supermarket. Oh lupa lak dulu dia kerja sebagai lifeguard. Tu yang tacing lebih sebab takdapat selamatkan membe. 

Sedang dia bekerja kat dalam market tu. Tsunami tiba-tiba melanda dan membuatkan orang yang berada dalam supermarket tu stuck kat dalam dalam tu. Tapi yang paling takleh bla skali tsunami datang dengan Shark sekali. Great White Shark yang besar plak tu. Aik? Tsunami yang mempunyai tekanan air yang kuat tu datang dengan Shark sekali. Apsal tak bawak shark KL gangster sekali. Baru Fight.
Amacam? Shark mana lagi Ganazzz?! HAHA




Okay bagi aku lah kan cerita shark ni da musim lagi. Orang dah kurang berminat tapi taktau la kalo korang ni minat kat shark ni ataupon memang dari kecik teringin nak bela shark dalam aquarium ruma korg. Untuk filem ni aku bole bagi rating 1 je la daripada 5. Kalau tengok wayang memang boleh menyesal la. Nasib baik aku tengok kat latop je. Tu pon maseee aku. ARGHH!! takkan nk tengok separuh pas tu tutup. Alang- alang baik habiskan.



P/S: Aku bz sikit kebelakangan ni takdapat nak update blog, Tengok movie pon da tak up to date. HAHA

Trend Gigi Lampu LED menyala Berwarna-Warni

Lampu LED bkn sahaja digunakan di Handphone mahupon di tempat lain. Masa berlalu zaman berubah dan LED Light ni dah boleh gune kat anggota korang. Jepun yang buat ni mana lagi. Kalau ade kat Malaysia korang nak guna tak?



........



....................





...........................................





....................................................................




Amacam Rare tak macamni? Dorang gune bila jalan-jalan waktu malam. Baru la warna warni gigi tu. Ade sapa-sapa minat tak?

P/S: Takpayah gosok gigi da lepas ni. Pakai lampu je kan. HAHA

Soalan Dan jawapan yang paling Unik.


Lama betol tak mengupdate blog ni. Ketandusan idea dan agak kesibukkan juga aku kebelakangan ni. Jadi aku nak gak update benda ni. Walaupon klise benda ni tapi aku nak gak simpan dalam blog aku. Lagipon bukan ramai bace blog aku. Aku je bace balik pas tu gelak sorang-sorang.
Ni lah soalan dan jawapan yang paling unik. Paling unik ke bangang sebenarnya? Kompius sekejap. HEHE


Antara soalan-soalan yang dikira bangang yang tetap akan ditanya :
 
1.             Bila orang nampak anda baring sambil menutup mata..
·                     Soalan :  Hyee!! tidur ker?
·                     Jawapan : Tak la, aku training macamana nak mati nanti..
     
      2.  Bayangkan anda membawa TV anda yang rosak berjumpa technician untuk dibaiki, mesti akan tetap  ditanya:
 
·                     Soalan : Nak baiki TV ke?
·                     Jawapan : Tak la, aku bosan! So saja aku bawak TV ni jalan-jalan.
     
      3.  Ketika anda baru bangun tidur dan mesti akan ada orang tanya:
·                     Soalan : hye! Baru bangun ?
·                     Jawapan : Ish! Tak ada lah, aku tengah tidur sambil berjalan-jalan ni..
    
       4.  Rakan anda Call telefon rumah anda dan..
·                     Soalan : Hello? .. Ada mana ?
·                     Jawapan : Kat sini haa! kat bus stop!!
     
     5.  Mereka nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah..
·                     Soalan : Eh, baru mandi ke?
·                     Jawapan : Ehh!! Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!
    
     6.  Ketika anda berada di dalam toilet, pintu berkunci, tetap ada orang ketuk pintu dan tanya...
·                     Soalan : Ada orang tak?
·                     Jawapan : (*Suara cute*) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!

P/S: Pas ni sape-sape nak cube boleh la. Memang kalau duduk hostel bile bangun petang je soalan baru bangun ke? memang selalu sgt dapat. XD

Kelahiran itu satu anugerah.



Kelahiran ini adalah satu anugerah yang paling bernilai dalam dunia. Walaubagaimanapun dalam dunia yang kian membangun pesat ,semakin ramai pasangan yang membuang anaknya merata. Tong sampah, longkang, tepi masjid dan lain-lain. Tidakkah mereka merasa kasihan terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa itu? Manakah rasa ihsan mereka? Fikirkan sejenak.

Bayi ini tidak tahu apa-apa saat ia lahir tapi ia boleh mendengar perbualan kita. Seperti sedia maklum bayi ini ibarat kain putih, kita yang mencorak dia, terdetik aku nak menulis pasal bayi ni selepas aku diberikan peluang untuk mandikan bayi-bayi yang baru lahir ni. Comel-comel bayi ni dan aku terfikir macammana la orang tergamak untuk membuang bayi yang taktahu apa-apa ni. MANUSIA SEMAKIN KEJAM kan?

Bila sudah hilang rasa kasih sayang. Anak yang tak berdosa dibuang tanpa belas kasihan. Entahkan hidup entahkan mati, itulah nasib si anak kecil. Pasangan yang membuangnya tidakkah sedikit rasa bersalah? Tidakkah sedikit rasa berdosa? Namun hatinya sudah lelah dan hatinya juga sudah menjadi buta. Akhirnya anak menjadi korban.



Ni lah Machomil. Dari kecik dengan sunglasses. XD

P/S: Aku Tak sampai hati nak letak gambar pembuangan bayi. Letak gambat machomil je la kan? HAHA

Apabila Bibik sudah semakin pandai.



Meh aku nak share cerita menarik pasal Orang gaji. Kalo korang nak tau orang gaji sekarang sume dah well educated. Sume dia taw. Dan yang paling terer sekali adelah teenagerhousemaid. Siap ade blog yang best lagi. HEHE. Jadi marilah kita membaca kisah orang gaji kini.


Ketika mengunjungi rumah seorang kawan yang agak kaya,saya didatangi
pembantu rumahnya yang berasal dari indonesia.. dan …..

Pembantu: Mau minum apa .. jus buah, soda, teh, coklat, cappuccino, frapuccino, atau kopi?
Saya: Teh saja,terimakasih

Pembantu: Tehnya teh ceylon, teh india, teh herbal, teh alang-alang, teh alang-alang madu, atau teh hijau?
Saya: Teh Ceylon

Pembantu: The ceylonnya pake es atau hangat?
Saya: ais je la..

Pembantu: esnya mau es batu, diserut kasar, diserut salju atau dihancurkan acak?
Saya: ais batu biasa saja..

Pembantu: es batunya mau yg bentuk kubus, pipih, bulat, atau love
Saya: yang bentuk love boleh??

Pembantu: baik, Anda mau tehnya hitam atau putih?
Saya: putih

Pembantu: Dengan susu, atau krim segar?
Saya: susu

Pembantu: Susu kambing, atau susu lembu
Saya: susu lembu ..

Pembantu: lembu new zealand atau lembu Afrika?
Saya: kalau macam tu susu putih je la..

Pembantu: Mau pakai pemanisnya dengan gula atau madu?
Saya: Dengan gula

Pembantu: Gula bit atau gula tebu?
Saya: Gula tebu

Pembantu: Gula tebunya putih, coklat atau kuning?
Saya: tak payah teh la..bagi air kosong je la.

Pembantu: Air mineral, air rebus atau air suling?
Saya: Air mineral

Pembantu: sejuk atau biasa?
Saya: yg sejuk je la.

Pembantu: minus 5, 10, 20, 30.. atau berapa?
Saya:tak pe la..saya balik dulu la.



P/S: Pitam aku weh kalo ade pembantu rumah macamni. HAHA

Holiday To langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bukan islam. Eceh! macam nak bagi ucapan lak aku ni. HEHE. Last 2 week aku pergi holiday ke langkawi, rombongan TV3. yiehaa! Seingat aku lah last aku pergi holiday darjah 3 rasenye lepas tu xpegi mane2 pon. HUHU. Tibe2 dapat lak g holiday ke Langkawi dgn mak sume. Pergh seronok betoi! HEHE. Disebabkan aku pergi mengikut rombongan jadi aktiviti pack sangat. Ari Jumaat malam da bertolak sampai perlis pon subuh la kan. 




Pagi- pagi sebelum feri sampai kita snap picture dulu. Cantik masjid ni kan? XD

Ok lepas naik feri tu aku ingat kan terus ke hotel and boleh lah aku golek-golek comel kejap atas katil  untuk rehatkan badan yang penat tidur dalam bas tu. Sekali boleh plak tourist guide tu kate check in hotel petang. Pagi kita jalan-jalan dulu. Habes sume sejarah langkawi dia cerita. "Bang saya nak beli coklat je pergi langkawi ni, bukan nak exam sejarah langkawi besok" HEHE. Mule- mule dia bawak ke tempat GAMAT.

Ni adalah kawah gamat. Boleh celop jari korang dan tak melecur. Cube la celop tapi kat kawah gamat jela jangan celop kat kuali ikan goreng lak. APE CELOP TOTTTT! XD

Ni adelah kawan-kawan gamat. BFF la katekan XD

Ni plak IBU GAMAT. Mak kepada gamat ni la kan. HEHE

Ha! ni Ayah pada botol minyak gamat XD

Kite teruskan perjalanan ke tempat mahsuri. Kat tempat tu ade burung unik. Check it out!


Nama burung ni Kuang. Adek kluangMan ke? lupe lak nak interbiu beliau.

Kite beralih pula ke tempat glowing kristal. Tempat penghasilan kristal bukan bagaimana tubuhnya kumpulan kristal. Takde kene mengene pon.

Kita bakar kristal ni secukup rase

Ha dah siap kristal. Mahal wo harge nye.
Ni la kristal yang sempat aku pegang dan bukannya beli ye. HAHA


Sekarang kita akan tengok koleksi barang yang aku simpan kat langkawi. HAHA



3 Kereta yang aku simpan. Bekilat kan? XP

Ni topi aku pakai bawak jalan- jalan kat taman.

Kereta golf aku beli tapi main golf tak pernah plak. Main game golf dalam hp penah la.

Permandangan dalam kabel car. Pergh! berpeluh tangan nak snap disebabkan gayat. HAHA





P/S: Balik je dari Langkawi leh plak ade 1 paper exam. Dengan takbace apa-apa. Aku pon masuk dewan periksa. HAHA

Duit Baru Rm6


Sekarang ni banyak betol duit baru. Best kan? Tapi kini ade duit RM6. Duit baru ke? Ntah la. Jadi kalo dapat duit RM6 ni boleh ke korang beli topap?


Eh silap plak. Bukan duit yang ni. Ni duit lame kan. adoi. ni RM1 dan RM5


Ha ni baru duit baru. Meh la gune bwat beli topap ke bwat beli nasi ayam ke kn? Mungkin kedai terima kan? XD

P/S: Beli topap kat aku mmg ak tak terima la kn. XD

Kira lah kalo pandai. XD







Taw tak sebab apa aku tak suke mengira? Sebab aku memang tak suke nombor la. Ha! korang kan suke kire. Cube korang kire bende ni. Ade berapa sebenarnya ye
HA. Jadi jawapannya? XD

iPad terbaru dan tercanggih


Sape nk ipad, iphone atau yang seangkatan dengan bende-bende ni? Barang-barang canggih la katekan. Tapi aku takde pon bende-bende ni. Kos tak mencukupi. Tapi apa lah sangat ipad-ipad ni. Aku lebih teringin bende ni. Lagi dasyat dari ipad weh. Pecaye tak?


P/S: Gempak weh. Sape-sape tau bende ni kat mana? Share-share la dengan aku. XD

Alat terbaru yang efisyen untuk dibawa ke tempat belajar ataupun pejabat

Kenapalah rase mengantok sangat dalam kelas. Jadi aku pon berfikir kalau lah dapat bantal dengan selimut kan best. Dah la sejuk dalam kelas ni. Tambahan pula dengar suare lecture yang best ni. Rase nk rakam je pas tu dengar bile susah nak tidur. HAHA. Tapi baru-baru ni aku ade jumpe sesuatu barang yang sangat unik. Macam beg je rasenye. Ingat nak cari la beg ni. Aku rase korang pon mesti suke dengan beg ni. Mesti ramai yang nak beli kan? Meh aku tunjuk barangnye.



Amacam? Bentuk macam peha ayam goreng kan? HAHA





Kite pegang ala-ala pengembara yang nak pergi jauh.






Ni lah kegunaan nye. Amacam? Unik? HAHA


P/S: Sape nak bende ni? Letak tangan kt bulu kepala. XD

Tips Terbaru untuk dapat gred A+ dalam exam

Exam? Fuhh cuak wo kalau exam. Kadang-kadang baca nota punya la banyak tapi bila masuk exam tiba-tiba otak jadi KOSONG. Mesti bengang gile time tu. tapi jangan risau sebab sekarang ni dah ada penawar untuk sume masalah tu. Tiade lagi markah kosong, tiada lagi jawapan kosong, tapi lagu KOSONG Najwa Latif best. KOSONG KOSONG. Eh apa lak aku melalut ni. jadi aku nak share la kat korang cara-cara nak dapat result A+ ni. Sharing is Caring kan?



P/S: Ha kompem A+++ kn? hehe

P/S2: ada sapa-sapa nak jual topap tak? bole la bagitau machomil. XD

Dalam Masa


Life kat hostel memang takdapat nak update blog selalu disebabkan sibuk dan aku takde broadband. Tapi bila idea datang untuk menulis. Aku akan usaha kan carik intenet tak kire la sama ada duduk depan umah orang kaya yang ade wifi tapi takde pasword, akan tetap aku datang untuk online walau disalak anjing rumah jiran tersebut akan ku tabahkan jiwa raga ini. Tapi perkara seperti ini takpernah berlaku lagi la. HEHE

Disebabkan latop ni banyak movie yang taksempat aku tengok kerana kekangan masa. Eceh sejak bile tah aku pandai gune kekangan. HAHA. Aku ni rajin download movie tapi tengok malas, konon bz la. HAHA.

Kali ni aku nak cerita pasal Filem DALAM MASA. Korang tau apa itu dalam masa? kalau taktau cube translate dalam bahasa inggeris, jadi dapatlah perkataan In Time. Mengisahkan tentang manusia yang hidup menggunakan masa yang berada di tangan mereka. Masa yang ada kat tangan dia itulah duit dan nyawa diorang. Sebagai contoh korang ade 4 jam je. So korang akan hidup selama 4 jam dan lepas itu korang pon BABAI.

Sekiranya korang nak tambah masa, kena lah pegang tangan orang lain kira macam sedut la. tapi bukan siput sedut mahu pon siput khinzir. Eh! apo lak den merepek ni. Dunia mereka terpisah antara yang kaya dan yang miskin. Yang miskin memang cukup-cukup je masa dia untuk hidup. Nak tau ape lagi akan berlaku? Apa lagi silalah tengok. HEHE

Betapa masa itu penting dalam hidup kita ini. Kalau dunia betol ni macam tu, mesti sume orang akan jaga masa masing-masing. 4.5* aku bagi utk cerita ni.

Camni lah tangan diorang yang ada masa tu

Aiseyman tangan aku pon ade la plak. Adoi terduduk aku memikirkan camne aku leh dapat bende ni. Adekah terkeluar daripada filem ini. HEHE

Pengakhiran sebuah hibernasi

Hibernasi seekor beruang.

Bagi sesiapa yang taktau ape itu hibernasi, hibernasi adalah waktu tidur haiwan pada musim sejuk, mereka akan makan daging untuk menambah berat badan mereka sebelum berhibernasi. Kiranya tidur sampai musim panas la. Jadi aku pon macam tu la sebenarnya.

Ok. Huargh! Selamat pagi.. Dah bulan berapa ni? Dah lame rasanya aku berhibernasi. Akhirnya masa untuk bangun pon tiba, bangun pon sebab kena pindah asrama ke tempat lain yang lebih jauh daripada tempat belajar. Malas nye lah aku nak kemas barang kat hostel tu.

Gambar aku yang sedang berhibenasi ni comel ala-ala Bear kat atas kan? HAHA!

Time kena kemas-kemas barang, aku dah lah datang lambat, dengan berkat kesabaran yang begitu rendah aku pon datang mengemas barang aku, simpan barang-barang dalam kotak. Barang apa je aku nak simpan dah la rumah pon dekat je, so aku pon simpan bantal je la. HAHA. Machomil mengemas weh? Macam tak percaya la plak aku yang selalu mengelat ni terpaksa mengemas. HAHA

Gambar kawan aku ni yang kepenatan angkat barang dan kotak aku, KOTAK HATI ni. HAHA

Hoyeah! New House New Room! Control MACHO weh! HAHA

Lepas ni akan busy semula dengan kelas and assignmnent, harap-harap aku tak jadi macam ni la kan. Klik sini.

P/S: Adekah korang pernah berhibernasi juga? XD

Penat sangat ni

Macam mana kehidupan seharian? Penat kah? Macam aku belom penat lagi la sebab masih cuti kan, HEHE. So seharian bekerja atau membuat assignment mesti korang akan letih kan? Sekali sekala kena lah rehat kan minda, jumpe mata air ke kan? Macam video bawah ni.




P/S : Amacam kalau dapat pakwe macamni? Style kan? HAHA

Kronika


Kronika ape itu kronika ye? Sebenarnya aku nak cerita pasal movie Chronicle ni. Finally aku tengok gak cerita ni. Sebenarnya taktaw pon cerita ni pasal ape masa tengok tu, disebabkan aku boring aku tengok la cerita ni dengan kawan aku.

Mengisahkan seorang budak (Andrew) yang mempunyai ayah yang panas baran, selalu mabuk dan mak yang terlantar sakit dekat rumah. Andrew ni rasa diri dia sunyi sangat sebab dia tak banyak kawan tapi dia ade seorang sepupu yang baik yang always sapot dia. Sepupu dia ni plak ade sorang kawan yang turut same sapot andrew ni.

Andrew ni ade satu video kamera, setiap kali dia kemana-mana mesti bawak kamera dia sebab nak rakam segalenye la kot. Mane taw dapat rakam hantu ke rakam ultraman lawan raksasa ke kan? So cite ni menggunakan kamera dia pakai tu la gambanye mcm korang rakam. HEHE

Macam ni ke kan? Tapi si Andrew ni takdapat pon gambar ultraman ni. XD

Satu malam ni diorang terjumpa satu lubang, so diorang pon masuk la dalam tu pegang ape bende tah dan kemudian dapat la power. So diorang enjoy la gune power diorang but satu hari si andrew ni bertukar antogonist. Sebab ape? Tu korang kena lah tengok kan. So overall cite ni just 3* je la. Cite ni just okay2 je la. Takdelah best sangat and takdelah bosan sangat.


Chronicle Andrew And Chronicle Machomil.. HEHE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers