>

Angka Kegendotan

Review Movie Bait

Hari ni aku nak Review Movie Bait. Korang pernah tengok tak cerita Umpan ni atau dalam bahasa inggerisnye Bait. Bukan Bait-bait kehidupan k! Cerita bermula apabila teman baik hero ni pergi mandi laut, tiba-tiba ade bunyi siren menandakan yang ade malapetaka.


Terus Lagu Teman Pengganti diputarkan kat radio hero ni.

Hero ni pon berkurung je kat uma sebab teringatkan kawan dia yang kena makan tu. So, selepas setahun murung, berkurung, tubuh makin susut. Dia pon keja kat supermarket. Oh lupa lak dulu dia kerja sebagai lifeguard. Tu yang tacing lebih sebab takdapat selamatkan membe. 

Sedang dia bekerja kat dalam market tu. Tsunami tiba-tiba melanda dan membuatkan orang yang berada dalam supermarket tu stuck kat dalam dalam tu. Tapi yang paling takleh bla skali tsunami datang dengan Shark sekali. Great White Shark yang besar plak tu. Aik? Tsunami yang mempunyai tekanan air yang kuat tu datang dengan Shark sekali. Apsal tak bawak shark KL gangster sekali. Baru Fight.
Amacam? Shark mana lagi Ganazzz?! HAHA




Okay bagi aku lah kan cerita shark ni da musim lagi. Orang dah kurang berminat tapi taktau la kalo korang ni minat kat shark ni ataupon memang dari kecik teringin nak bela shark dalam aquarium ruma korg. Untuk filem ni aku bole bagi rating 1 je la daripada 5. Kalau tengok wayang memang boleh menyesal la. Nasib baik aku tengok kat latop je. Tu pon maseee aku. ARGHH!! takkan nk tengok separuh pas tu tutup. Alang- alang baik habiskan.



P/S: Aku bz sikit kebelakangan ni takdapat nak update blog, Tengok movie pon da tak up to date. HAHA

0 budak gendot cube komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers