>

Angka Kegendotan

PERANGAI AWEK DI SEKOLAH YANG MEMBUATKAN LELAKI MENYAMPAH


Kat bawah ni ada beberapa tips untuk awek-awek yang masih bersekolah untuk mengelakkan dari dibenci oleh pelajar lelaki, guru lelaki mahupun kawan sejantina sendiri. Tanpa sedar banyak perkara yang awek selalu buat yang membuatkan lelaki cukup menyampah dan meluat. Antaranya ialah :

1) Gedik tahap dewa
Aku menyampah gak kalau dapat student yang gedik tahap dewa ni. Awek sekolah yang gedik tahap dewa mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi kat sekolah-sekolah biasa memang banyak la. Antara sifat-sifat nature mereka adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.

Pakwe sekolah tidak akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.

2) Bajet hot
Ramai di kalangan awek sekolah yang bajet hot atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder.Eceh! Speaking plak aku. Ciri-ciri awek bajet hot sangat mudah dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt memang control habis. Pergh! hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang belum mumayyiz dan dalam jarak 800 meter.

Awek sekolah bajet hot tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini membajetkan diri mereka hot, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu lelaki. Ada juga awek bajet hot mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya.

3) Awek hensem
Awek hensem selalunya nampak ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi trademark apabila bergaduh.

Pakwe sekolah menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka juga gagah, sasa dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih. Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.

4) Awek mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Sudah pasti kena panggil dan ‘dibasuh’ maka bertambahlah kebencian yang sedia ada.

Awek-awek lindungan kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*

5)Awek kuat mencarut
Mencarut sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk menjadi tomboy juga ada.

Tidak ada satu makluk pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek seperti dalam gambaran di atas sila insaf. Masih belum terlambat.

Bagaimana awek-awek sekalian? Aku rasa anda perlu muhasabah diri anda dan lakukan anjakan paradigma ke arah yang lebih positif (ayat karangan SPM). Untuk pakwe-pakwe sekolah, tidak ada orang yang sempurna. Berpakwe-makwe ketika zaman sekolah sebenarnya tidaklah menyeronokkan kerana belum ada duit dan susah nak dating nanti kena tangkap dengan cikgu atau pengawas eh!

Yeti

Korang tau tak ape itu yeti? Kate orang yeti tu makhluk macam beruk yg ade kat gunung himalaya. Betol ke tak kewujudan dia aku pon tak tau la.


Macam ni ke ek? Dalam filem la kan camni. Wujud ke tak aku tak sure. Tapi badan dia puteh mungkin sebab dok kat tempat sejuk sampai badan pon puteh.

Kalau Dok kt Asian jadi camni kot


Ha! camni la kan. Sebab Kene Cahaya Matahari. So kulit pon hitam la kan. kekeke

Rise Of Planet Of The Apes

Monyet, Beruk, cimpanzee atau yang seangkatan dengan spesis-spesis monyet ni sangat pandai memanjat pokok untuk ambik buah. Tapi ade gak segenlintir manusia ni membuat sesuatu eksperimen menggunakan monyet. Kali ni aku bukan nak cerita pasal beruk ni pandai panjat pokok tapi nk cerita pasal movie Rise Of The Planet Of The Apes.

Sejak kecik lagi aku minat dengan monyet ni, sebab bagi aku monyet ni pandai. Kita suruh dia panjat pokok amek buah pas 2 kite bagi dia upah. Kan ke tolong menolong namanya plus mengikut kalendar cina aku lahir tahun monyet mungkin sebab tu gak aku suke monyet kot. Hehe.


Berbalik kepada review movie ni. Ia mengisahkan tentang manusia yang nk wat kajian untuk pesakit-pesakit alzheimer. Alzheimer adalah penyakit nyanyuk atau seseorang itu mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dia buat tapi ingat pada masa lampau. Pesakit Alzheimer ni selalu keliru, cepat marah, aggresif dan lain- lain la. Da macam doktor plak aku terangkan pasal penyakit ni. Berbalik kepada movie ni, manusia-manusia ni cuba nak buat penawar untuk penyakit ni, tapi diorang cuba kat beruk dulu untuk tengok kesan dia.

Ternyata Beruk yang tidak mempunyai akal ni menjadi bijak. Pandai minum susu botol lagi. Masa beruk ni kecik comel gila tu, terasa nak bela seekor je. Pegi mana-mana hutan carik anak monyet then bawak balik, tak yah bayar. hehe


Ha ni gambar masa beruk ni baby. Cam teringin je nak bela 1. hehe. beruk ni nama dia Ceisar. kalo aku yang bela aku bg nama-nama melayu sikit, Piot ke Teot ke. Unik sikit. hehe. Bila dia besar dia mula nak tahu kenapa orang tangkap beruk-beruk ni untuk kajian. Dan Ceisar ni la yang mengetuai semua spesis beruk yang teraniaya. Berjaya kah Beliau dengan misi membebaskan beruk- beruk yang lain?? Atau Matikah beliau?? Apa lagi. Ayuh beramai-ramai kita serbu pawagam yang berdekatan untuk melihat cerita RISE OF THE PLANET OF THE APES. Overall 4 Bintang Setengah

P/S : Mereka menanti anda di pawagam. TEAM APES juga Bole kasi SENGATTT eh silap leh kasi gigiiittttttan yang boleh putuskan jari. hehe

Tips Bila Org Pompuan Tengah Marah



Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah

Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising

Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati

Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang

Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!


P/S: Ha Korang2 yang baca ni setuju x? haha

Teater Uda dan Dara

Assalamualaikum. Aku nak story sikit pasal teater Uda Dan Dara. Teater ni berlangsung time Dinner Elegance College aku. Firsty aku memang malas nak pergi Dinner ni di sebab kan aku tak de baju yg bertemakan elegance plus nak exam lagi walaupun diumpan dgn cabutan bertuah sebuah latop.



So, aku buat tak tau je la sebab aku malas nak pergi dinner ni. Abes kelas aku pon balik Apartmnet dan melepak2, Sudddenly, roomate aku sume balik n cakap machomil kiteowang sume masuk teater untuk dinner. WHAT?? takkan aku nak duduk rumah sorang2? Then aku pon decide la nak pergi gak untuk jadi supporter diorang.

Nak dijadikan cerita time diorang praktis aku pon menyemak2 la kat situ sebab malas nak balik. Teater akan berlangsung lagi 3 ari tapi skrip baru je diorang dapat but ape aku kesah sebab aku tak masuk pon kn? HAHA. Then member aku Amir cakap oi masukkla jadi watak orang kampung. Mula-mula memang malas but bile dipikir2 ala watak orang kampung ape la sgt. So. aku On je la. HAHA

Hari Jumaat yang ditunggu pon da tiba but final rehearsal aku di beritahu bahawa hero utama da tarik diri atas masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Then aku plak kena bawak watak hero. Haihh!! malam 2 aku da la tido lepas subuh sebab fikir ala watak orang kampung je mana ade orang nampak sgt, alih2 kene bwak watak utama. But aku try yg terbaek la sebab dialog leh tambah ayat sendiri 2 yang best.

Alhamdullilah, teater ni menjadi tak nampak cam kartun sangat. Memang Nervous giler aku sbb tak pernah buat persembahan teater plus aku ade kate kt heroin awak da makin gendott, HAHA. Bende ni menjadi suatu kenangan manis dalam hidup aku. Tak sangka aku yang pemalu ni ade bakat berlakon. kih3



Team Teater Uda Dan Dara =)

P/S: Latop tu dapat kat housemate aku. Nombor dia dekat2 je dengan aku. Memang aku tak pernah kena cabutan bertuah sejak dulu lagi. kih3

Musuh Iblis Dikalangan Umat-umat Rasulullah

Ada 15 Musuh Iblis iaitu

  1. Rasullullah sendiri
  2. Imam dan Pemimpin Yg adil
  3. Orang Kaya yg Merendah Diri
  4. Peniaga Yang Jujur dan amanah
  5. Orang Alim yang mengerjakan solat dgn khusyuk
  6. Orang Mukmin Yg memberi nasihat

  7. Orang Mukmin Yg berkasih-sayang
  8. Orang Yg tetap dan cepat bertaubat
  9. Orang Yg menjauhkan diri dari segala yang haram
  10. Orang Mukmin Yg selalu dalam keadaan suci
  11. Orang Mukmin Yg bersedekah dan bederma
  12. Orang Mukmin Yg baik budi dan akhlaknya
  13. Orang Mukmin yang bermanfaat kpd Org Lain
  14. Orang Yg Hafal al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang Yang berdiri melakukan Solat di waktu malam sedang semua orang lain tidur.

Sama-samalah kita berusaha utk menjadi musuh2 Iblis dan sentiasa dalam redha Illahi

cuti sem

Assalamualaikum... lame aku da xupdate blog aku ni... da tebia cm ape tah... besawang behabuk da... HAHA... ak bz dgn prktl serta pljrn aku utk kli ni ade lak kira... DAMN!! ak xske NOMBOR... sejak kecik lg ak xske NOMBOR2 ni... sedangkan plat NOMBOR kete mak aku pon ak xigt ak igt ABJAD je...mse dajah 1 pon tmbh tolak lembab... Igtkn kos ak amek ni xkn jmpe kira tp ade gak

Ni lah mase yg aku tunggu2... Iaitu Cuti SEMESTER! yes!! da lame ak mnnti kn cti ni... walaupun cuti kali ni sblom exm... tp ak kesah pe janji cuti... yiehaa!! adekah cuti ak kali ni akan diisi dgn membaca nota2 yg byk... harap2 aku akan bace la... HAHA... cuti ni aku akan usahakan dgn membaca buku... jd ulat buku lak.. leh ke?? kih3


Jd cmni leh ke? kih3

Di Lamun Rindu

Aku Semakin Di Lamun Rinduuuu....

mengapa ketika bila aku sendirian
terkenang kenangan waktu kita bersama
pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

indah waktu itu bila engkau di sampingku
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

mengapa kau menghilangkan dirimu
katakan lah salahku
sehingga kau hancurkan hidupku

berikan lah kesempatan untuk aku menjelaskan
agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
kerna aku bisalah mengerti

tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
kerna ku telah berjanji
cinta kita kan abadi
tak perlu kau mengkhianati
cinta yang luhur dan murni
di atas tomahan orang lain

mengapa kau menghilangkan dirimu
katakan lah salahku
sehingga kau hancurkan hidupku


berikan lah kesempatan untuk aku menjelaskan
agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
kerna aku bisalah mengerti

tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
kerna ku telah berjanji
cinta kita kan abadi
tak perlu kau mengkhianati
cinta yang luhur dan murni
di atas tomahan orang lain

indah waktu itu bila engkau di sampingku
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada hanya aku
dilamun rindu

kini kau tiada hanya aku
dilamun rindu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers