Ni la rupa orang makan lipas. |
Ok Mamat ni nama dia Edward Archbold. Dia ni masuk pertandingan makan lipas, lepas dia makan 20 ekor lipas dia tiba-tiba pengsan. Lalu dikejarkan ke hospital tapi sayang dia bertemu ajalnya di hospital. Sebenarnya dia ni masuk pertandingan makan lipas dan hadiah utama dia seekor Ular Sawa. Aik? Berbaloi ke makan lipas banyak-banyak untuk dapatkan seekor Ular Sawa? Persoalannya lagi apekah lalu korang makan lipas? Bukankah lipas datang dari tempat yang kotor?
Lipas ni berjoget dalam mulut pemakannya kan? hehe |
Budak makan ubat nyamuk. |
"Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya mengapa dia gemar memakan ubat nyamuk."
Zaman aku kecik dulu aku makan kopok toki-toki, choki-choki, tapi takde plak aku nak amek ubat nyamuk rasa. Sedap agaknya, menyesal aku tak amek bawah katil masa kecik dulu. Mana tau rasa macam Cheezy Wedges ke kan? Nyam-nyam sedapnya.
P/S: Jadi korang nak pilih yang mana? Sekotak ubat nyamuk lingkar atau 20 ekor lipas rumah? Mesti pasangan diorang ni senang nanti, takyah beli beras lauk sume, beli ubat nyamuk dan amek lipas kat dalam rumah je. xD