Life kat hostel memang takdapat nak update blog selalu disebabkan sibuk dan aku takde broadband. Tapi bila idea datang untuk menulis. Aku akan usaha kan carik intenet tak kire la sama ada duduk depan umah orang kaya yang ade wifi tapi takde pasword, akan tetap aku datang untuk online walau disalak anjing rumah jiran tersebut akan ku tabahkan jiwa raga ini. Tapi perkara seperti ini takpernah berlaku lagi la. HEHE
Disebabkan latop ni banyak movie yang taksempat aku tengok kerana kekangan masa. Eceh sejak bile tah aku pandai gune kekangan. HAHA. Aku ni rajin download movie tapi tengok malas, konon bz la. HAHA.
Kali ni aku nak cerita pasal Filem DALAM MASA. Korang tau apa itu dalam masa? kalau taktau cube translate dalam bahasa inggeris, jadi dapatlah perkataan In Time. Mengisahkan tentang manusia yang hidup menggunakan masa yang berada di tangan mereka. Masa yang ada kat tangan dia itulah duit dan nyawa diorang. Sebagai contoh korang ade 4 jam je. So korang akan hidup selama 4 jam dan lepas itu korang pon BABAI.
Sekiranya korang nak tambah masa, kena lah pegang tangan orang lain kira macam sedut la. tapi bukan siput sedut mahu pon siput khinzir. Eh! apo lak den merepek ni. Dunia mereka terpisah antara yang kaya dan yang miskin. Yang miskin memang cukup-cukup je masa dia untuk hidup. Nak tau ape lagi akan berlaku? Apa lagi silalah tengok. HEHE
Betapa masa itu penting dalam hidup kita ini. Kalau dunia betol ni macam tu, mesti sume orang akan jaga masa masing-masing. 4.5* aku bagi utk cerita ni.
Camni lah tangan diorang yang ada masa tu
Aiseyman tangan aku pon ade la plak. Adoi terduduk aku memikirkan camne aku leh dapat bende ni. Adekah terkeluar daripada filem ini. HEHE
11 budak gendot cube komen:
Gambar tu.... *tutup mata* haha!
@nanie. tutup mata? bukak sikit.. CAK!!! XD
Hahaha tak sanggup nak tengok!
@nanie macho sgt ek? XP
nak jgk letak mase kt tgn dye tu..bpe jam lg nk idop..hehe
dah tibe-tibe dapat plak masa kat tangan. kekeke
tak lame lg la tuh nk idop..hee
@hanisah. tapi masa kt tangan saya da hilang la. HAHA
awk gune sabun ape time mandi..daia ke top..haha
@hanisah BREEZE
wahh lg advanced!!patut la bley ilang time kt tgn awk tuh..eii awk mndi pkai sabun breeze..unexpected!
Post a Comment